Selaras dengan fasa peralihan ke endemik sejak 1 April 2022 dan sempena sambutan perayaan Aidilfitri yang dijangka pada 3 Mei 2022, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang pulang berHari Raya.<br /><br />Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, langkah ini dilakukan selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya. secara keseluruhan.
